IKLAN DPMDM

image
image
image

Ahlan Wasahlan Sahabat-sahabat Baru

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum diucapkan kepada sahabat-sahabat baru yang telah menjejakkan kaki ke bumi Damanhur ini dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar cawangan Damanhur untuk meneruskan pengajian di fakulti Syariah dan Undang-Undang.

Sudah tentu, suasana dan keadaan amat berbeza dengan persekitaran di Malaysia dari segi cara hidup, budaya, bahasa, cuaca dan pelbagai lagi. Pelbagai cabaran dan pengalaman baru akan ditempuh apabila berada di sini. Lihatlah perkara tersebut sebagai peluang yang perlu direbut untuk menjadikan diri kita lebih baik daripada yang sebelumnya.

Marilah sama-sama kita menggunakan sepenuh masa dan peluang yang ada di bumi Damanhur ini dengan menimba seberapa pengalaman dan menuntut segala ilmu yang bermanfaat demi merealisasikan tuntutan Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam firmannya :

( فلو لا نفر من كل فرقة منهم طاءفة ليتفقهوا في الدين ولينذ روا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذ رون )

Hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka supaya orang-orang yang tinggal itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut didalam agama,dan apabila orang-orang itu kembali kepada mereka.Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah Ta’ala….( Surah At-Taubah: Ayat 122 )

Marilah sama-sama kita menimba ilmu sebanyak mungkin disini dan merapatkan ukhwah islamiah dikalangan kita kerana kedua-dua merupakan tuntutan Islam, disamping meneliti dan mengkaji karangan-karangan para ulama dalam mengembangkan ilmu Islam yang murni ini.

Semoga dengan azam dan semangat yang tinggi ditambah dengan kesabaran dalam menuntut ilmu ini menjadikan kita mahasiswa yang berketrampilan dan diredhai oleh Allah Subhanahu WaTa’ala.InsyaAllah.
Selengkapnya...

MINDA PENGERUSI

LAMAN DAKWAH DAN PENDIDIKAN

BLOG USRAH

  • Hukum Li'an dan DNA - Assalamualaikum...Di sini, pihak Fasilitator menyediakan artikel berkaitan perbahasan ulamak hari ini terhadap permasalahan yang telah ditimbulkan sebelum in...
    6 months ago

KOMUNITI BLOGGER DAMANHUR